Thursday, December 22, 2011

Semak Keputusan PMR 2011 melalui mySMS 15888

Keputusan Penilaian Menengah Rendah PMR 2011 boleh disemak melalui mySMS 15888 mulai 10 pagi 22 Disember hingga 28 Disember 2011. Taipkan :

PMR ( no KP ) ( angka giliran )

SMS ke 15888

Maklumat dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
http://www.moe.gov.my/

Tuesday, November 22, 2011

Koleksi Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2011

Klik pautan untuk muat turun :

Tingkatan 1

Tingkatan 2

Tingkatan 4
  • Bahasa Melayu Kelantan - K2

Saturday, September 17, 2011

Koleksi Soalan Percubaan Sains SPM 2011

Klik pautan untuk muat turun :

Note : Pautan Soalan-soalan di atas diperolehi dari carian (search) di 4shared.com, untuk pautan-pautan lain sila ke SPM Trial 2011, folder oleh Azmi.jaaffar . TQ

Wednesday, August 17, 2011

Percubaan PMR Negeri-negeri 2011

Klik pautan untuk muat turun :

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Sains

Matematik

Geografi

Sejarah

Pendidikan Islam

Bahasa Arab

Kemahiran Hidup Bersepadu - Pertanian

Kemahiran Hidup Bersepadu - Perdagangan dan Keusahawanan

Kemahiran Hidup Bersepadu - Kemahiran Teknikal

Kemahiran Hidup Bersepadu - ERT

Monday, August 15, 2011

Koleksi Soalan Percubaan Sains PMR 2011

Koleksi ini dimulakan dengan soalan-soalan dari negeri Kelantan dan akan dikemaskini dari masa ke semasa dengan soalan-soalan dari negeri-negeri lain :

Sunday, June 12, 2011

Koleksi Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun/ PKBS 2/ UP 2 2011

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN/ PEPERIKSAAN KENDALIAN BERASASKAN SEKOLAH 2/ UJIAN PENGESANAN 2/ MODUL 2 - MEI

TINGKATAN 1
  • Sains Kelantan - K1 , K2 , Skema
  • Matematik Kelantan - K2


TINGKATAN 2
  • Sains Kelantan - K1 , K2 , Skema
  • Matematik Kelantan - K2
  • Bahasa Melayu Kelantan - K2


TINGKATAN 3

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Guru akan nikmati 5 kaedah kenaikan pangkat: PM

2011/05/16

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Januari depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang dibuat guru.

Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.

Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.

Najib berkata, sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.

"Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun," katanya.

Najib berkata, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.
Katanya, kaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusus kepada guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru, yang akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan pertamanya.

"Pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan," katanya.

Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, Najib berkata laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

"Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya sambil menambah bahawa mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Najib berkata, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

Beliau berkata, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.

"Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang membabitkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan.

"Manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan," katanya.

Najib berkata, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang membabitkan sejumlah 99 jawatan.

"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru," katanya. - BERNAMA

Dipetik dari Berita Harian Online